27 May 2012

Prosedur Kebenaran Bernikah di Kulim, Kedah

Nah, tajuk perkongsian hari ini memang skema dan tepat. Hehe.. supaya mudah orang nak Google nanti dan bermanfaat pada orang lain. Sebelum ini, puas saya google prosedur pernikahan di Kulim. Memang tak jumpa. Cari maklumat di Laman Web Pejabat Agama atau Majlis Agama pun tak membantu. Susah sungguh... Dah jauh di perantauan ni.. tambahan lak zaman sekarang. Semua maklumat, orang akan suka tanya google daripada berhubung terus dengan empunya maklumat. Harapnya, perkongsian ini dapat membantu B2B yang lain...

Ok, berbalik kepada tajuk asal. Bagi saya prosedur pernikahan di Kulim hampir sama kot dengan tempat lain. Bezanya, di Kedah pakai borang jawi. Terkial-kial menulis. Sangat buruk tulisan jawi.. Nak mengeja pun dah tak pandai.. Sedih..

Pengalaman saya dengan tunang, yang pertama kami buat adalah pergi ke Pejabat Agama Kulim untuk dapatkan borang. Kami singgah sebelum balik ke perantauan semula. Nak jadikan cerita, kakitangan pejabat agama maklumkan.. borang sudah habis. Semua borang dah diberi kepada imam kariah masing-masing. Erm.. tak masuk akal jawapan ini. Komen saya, kakitangan Pejabat Agama di barisan kaunter kena lah lebih mesra dan cekap melaksanakan tugas demi memudahkan urusan insan yang ingin membuat perkara baik.. 

Disebabkan tak dapat pada hari tersebut, kami balik lagi pada minggu selepas tu untuk dapatkan borang daripada tuan imam pulak. Alhamdulillah dapat... Kes saya, saya dan tunang berlainan kariah tapi sama-sama berasal dari Kulim.

Ringkasannya, borang yang diperlukan seperti di bawah:

Perempuan
  1. Borang Sistem Maklumat Perkahwinan Islam (SIMPI) - Warna kuning
  2. Borang 2 - Borang Permohonan Nikah Negeri Kedah

Lelaki
  1. Borang 1 - Borang Permohonan Bernikah Di Luar Daerah
  2. Borang 2 - Borang Permohonan Nikah Negeri Kedah

Dokumen sokongan untuk Borang 2 - Borang Permohonan Nikah Negeri Kedah dalam gambar di bawah ye..

Kalau bakal pengantin perempuan bukan anak sulung, tak perlu sijil nikah ibu bapa

Isi borang seperti yang dikehendaki dan sediakan semua dokumen sokongan yang diperlukan. Buat ujian saringan HIV dan tuliskan no siri borang dalam Borang SIMPI. Selepas semua lengkap, serahkan borang tu ke Pejabat Agama. Kiranya, ada dua set permohonan iaitu permohonan pemohon lelaki dan permohonan pemohon perempuan. 

Saya dan tunang, pergi hantar bersama-sama. Alhamdulillah, kali ini kakitangan di kaunter sangat mesra dan membantu. Syabas! Selepas borang diserahkan, kami diminta berjumpa dengan ustazah. Ingatkan nak kena temuduga. Ustazah hanya meneliti borang yang diberikan dan teruskan tanda tangan kebenaran nikah. 

Selepas itu, kami buat pembayaran proses kebenaran nikah. RM4 untuk setiap seorang. Pihak Pejabat Agama akan tanya bila tarikh nikah. Ini bagi menentukan tarikh pada surat kebenaran nikah. Di Kedah, surat kebenaran nikah hanya sah dalam tempoh sebulan selepas tarikh surat dikeluarkan. 

Selepas dapat surat kebenaran nikah tersebut, serahkan surat itu kepada imam kariah masing-masing. Tuan imam akan meneruskan proses yang diperlukan.

Contoh borang:

Borang Sistem Maklumat Perkahwinan Islam (SIMPI)


Borang 1 - Borang Permohonan Nikah Negeri Kedah

 Borang 2 - Borang Permohonan Nikah Negeri Kedah



Kesimpulannya, prosedur untuk kebenaran bernikah mudah.. :)


28 comments:

  1. owh my goodness.....mampuih...kena wat sndiri r sume...sbb bakal suami ada kt n9....aduhai....

    ReplyDelete
  2. mahasiswi,

    Jangan susah hati.. prosedurnya mudah.. Janji borang lengkap dan semua dokumen sokongan ada. InsyaAllah takde apa-apa masalah.. :)

    ReplyDelete
  3. salam....nk tnya la kn....kalau tarikh cadangan nikah tu kurang dri 1 bulan..accept x....risau la...bakal suami masih dlm proses inteviu kagat....then cma ada around 2 week utk tarikh nikah....hadoi runsing la...then msa p submit doc kat pejabat agama...perompuan ngan wali saja yg p hantaq...x pa ka?atau mesti ada tunang juga.....

    ReplyDelete
  4. hye berkenaan comment sy 14 oct....alhmdllh...semuanya dah selamt...dah dpt kebenaran nikah....heheheh....

    ReplyDelete
  5. Anonymous,

    Maaf lambat reply. Dah lama pulak saya senyap kat blog ni. Alhamdulillah semua dah selesai... insyaAllah dipermudahkan Allah semuanya nanti.. :)

    ReplyDelete
  6. Salam..bole bg ape dokumen yg depa nk time nk mhon tu x?bcoz sy b psgn bkn dr ngri kedah..almt ic ngri laen but kmi stdy d kedah..so if dh almost 4 years dkire brmaustatin lh kn...

    ReplyDelete
  7. salam,
    form HIV tu kita dapat sekali dengan borang nikah atau amik kat klinik kesihatan ms nak buat HIv test ?

    ReplyDelete
  8. Princess skyline,

    Borang tu boleh minta dari imam kariah masing-masing. Nanti imam akan berikan semua borang yang perlu diisi. Bila dah siap isi, borang tu kena ditandantangan oleh imam masing-masing (sebelah lelaki dan perempuan).

    Borang lelaki yang dah siap tandatangan tu, kena beri kepada pihak perempuan untuk diserahkan kepada imam kariah perempuan. Ini untuk imam teruskan dengan prosedur dapatkan kebenaran nikah.
    Harap jawapan saya membantu.. :)

    Tentang borang HIV, borang tu boleh dapat di klinik kesihatan. Tak diberi sekali dengan borang nikah tu.

    ReplyDelete
  9. nak tanye bagi kulim kn,perempuan kena buat surat akuan bujang x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya asal kulim tapi keja di Putrajaya. Saya buat surat akuan bujang tu just in case ada keperluan nak gunakan.

      Delete
  10. assalamualaikum..tq entry ni sgt membntu..
    1soalan dr sye:dr pengalaman sis...utk hiv test perlu wat appointment awal atau bley test blood on da spot?result dpt terus hr yg sm atau tggu utk brape lama bru dpt result?
    hrp dpt kongsi pengalaman..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,

      Utk HIV test, kena buat dulu appointment dengan klinik berdekatan. Pengalaman saya, boleh dapat result hari yang sama juga. Sekejap je..

      Boleh baca pengalaman saya di sini: http://awankasihkami.blogspot.com/2012/02/ujian-hiv-talasemia-dan-hujan-lebat-di.html

      Delete
  11. Assalamualaikum,
    saya baru buat HIV test di klinik kesihatan kulim pada 23 March 2014,tak perlu appointment. 15 minit dah siap. cuma saya nak tanya, no siri borang yang mana satu ye? sebab saya dapat 1 borang, 1 lagi resit pendek dan dua-dua ada no siri. confius skit yang mana 1 yang perlu tulis dalam borang SIMPI tu ye? Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ingat-ingat lupa saya ni. Yang resit tu resit bayaran ka? Kalau itu resit bayaran, amik no siri borang tu untuk ditulis dalam borang SIMPI

      Harap dapat membantu.. :)

      Delete
  12. Salam .. nk tnya masa hantar borang dekat pejabat agama kena temuduga x? Ada org ckp kena temuduga dgn ustaz n mcm2 soalan kna jwb .. betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Pengalaman saya, tak kena temuduga langsung. Kami hantar saja borang tu kepada ustaz. Ustaz maklumkan nanti lepas boleh ambil surat kebenaran nikah selepas 2 minggu, kalau tak salah saya..

      Delete
  13. untuk hantar borang tu boleh ke kte hantar wakil??
    or mmg kte kn hantar sndri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti boleh hantar wakil ka dak. Boleh cuba telefon dulu pejabat kadi Kulim, boleh kah hantar wakil..

      Delete
  14. slam nk tnya boleh x pasagan lelaki ambil borang dari kulim sedangkan dia berasal pahang??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.

      Saya rasa adik kena juga ambil borang tu di negeri sendiri. Lepas tu serahkan borang kepada pihak lelaki untuk diisi. Mungkin borang setiap negeri berbeza. Kena semak dulu ye.

      Delete
  15. Entri yang sangat membantu.
    Alhamdulillah.
    Terima kasih ya.

    ReplyDelete
  16. Salam sis..
    Entry yg sgt2 mmbantu..
    St n pasngan sama mcm sis, lain2 kariah tp menetap di alor setar.. cuma nk tau msa sis g hntr borg yg dh siap ke pjbat agama, cuma skali aje kebenaran nikah kan.. prlu x psngan dptkn kebenaran nikah dlu lps tu baru kita plk? Confius kt situ..

    ReplyDelete
  17. Sekarang kalou nikah..tak payah nak sign2 dh lepas ijab kabul..saya pon pelik ni.heeheh...sblom ni mintak sign dgn perempuan dlu an...

    ReplyDelete
  18. Sekarang kalou nikah..tak payah nak sign2 dh lepas ijab kabul..saya pon pelik ni.heeheh...sblom ni mintak sign dgn perempuan dlu an...

    ReplyDelete
  19. saya nak kawin kat selangor, tp kerja kat kedah and asal kelantan, nak buat urusan belah lelaki kat kedah boleh ke?

    ReplyDelete
  20. Asalm nk tanya urusan nk hantar borang nikah n.. Kaunter dia bukak smpai pkl brpa.. 12 ke

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum .. Maaf nk tnya .. Cm sy kna pakai wali hakim .. Kena buat surat jgk ka cm mna ka?? Pahtu kn .. Yg isi online ni .. Kna print jgk kaaa borang yg kta dh isi ???

    ReplyDelete