Ok, dah baca tajuk kan. Jadi, perkongsian ini mungkin sedikit 'busuk'. Hahaha.
Bila bercerita tentang kisah berpantang, saya tidak boleh lupa tentang pengalaman sembelit lepas bersalin. Sangat menyiksakan! Rasa macam lagi susah berbanding sakit bersalin.
Selepas dah ada pengalaman ini, saya tahu hanya Lactul mujarab dengan saya. Sebelum keluar daripada hospital, saya dah dibekalkan dengan dua botol Lactul. Memang saya bergantung sangat dengan Lactul ni. Awal-awal lepas bersalin, memang tak berani nak buat apa-apa proses tu. Jangan kan nak keluarkan proses tu, nak kentut pun tak berani Hahaha! Ya la, luka bersalin masih baru. Saya tak boleh bayangkan macam mana rupanya. Nak tengok pun takut.
Ini rupa Lactul.
Gambar dari Google.
Minum Lactul ni memang melancarkan proses. Berlaku pergerakan usus, dan semuanya lancar selepas itu. Semuanya ok, hinggalah stok Lactul habis. Inilah tragedinya. Masa tu, saya masih dalam tempoh berpantang. Sembelit teruk! Nak berlama dalam bilik air, tak boleh. Sebabnya Hana mudah terjaga. Lepas tu, asyik merengek mencari ummi.
Saya minta suami beli ubat sembelit dari farmasi. Staf farmasi cadangkan Sentokot, sebab sesuai untuk ibu yang bf. Masa ini tak terfikir lain ubat lain caranya. Tak terfikir lah nak suruh cari Lactul. Saya cuba makan Sentokot tu. Pergerakan usus ada, tapi proses pengeluaran tak berjaya. Dekat sejam dalam tandas tapi tiada hasil. Stress!
Tak berjaya dengan Sentokot, saya minta suami cari Lactul pula. Sekali minum Lactul, terus rasa nak ke tandas. Alhamdulillah, semuanya lancar. Hilang segala azab berhari-hari.
Bila saya kaji-kaji balik kenapa lepas bersalin kebanyakkan ibu kena sembelit, sebabnya ialah segala usus ni longgar disebabkan mengandung. Jadi, ambil masa lah semuanya nak kembali ke keadaan sebelum mengandung.
Saya cadangkan minum Lactul kalau ada masalah sembelit yang serius. Lactul ini sirap yang ada dalam tu bakteria baik yang menggalakkan proses penyahtinjaan. Boleh baca lebih lanjut di perkongsian ini.
Setakat saya minum, tiada kesan yang tidak baik yang saya nampak. Walau bagaimanapun, bergantung juga kepada keserasian badan masing-masing.
Sekian, perkongsian 'busuk' hari ini. Hehe.
Betul dear...lactul ni membantu. Tp rasanya memang manis sgt dah teringat ala2 air gula pulak. Tapi next bersalin pakai ostematrix le pulak..suppot produk sendiri..hehe
ReplyDeleteAah memang manis. Yang ostematrix ni sama konsep cam lactul ke.. :)
DeleteKalau sedang mengandung boleh minum tak?
ReplyDeleteSaya tak pasti Puan. Boleh cuba tanyakan pada pharmacist di farmasi sebelum beli lactul ni.
DeleteTiada apa2 masalah tak untuk bf
ReplyDeleteKlu czer bole mkn tak?
ReplyDeleteBf bole mnum lactul.ni x
ReplyDeleteKalu bersalin ceaser bolh amalkn x
ReplyDeletesangat mujarab....tapi manis sangat.....
ReplyDeleteKalau yg baru lepas operate apendiks boleh minum x?
ReplyDeleteBerapa harga dan ada kat mana2 farmasi kew
ReplyDelete