Showing posts with label Ulasan. Show all posts
Showing posts with label Ulasan. Show all posts

24 October 2014

Stroller Combi Spazio Untuk Dijual

Saya nak jual stroller Combi Spazio. Keadaan hampir macam baru. Kami gunakan stroller ini tak sampai 10 kali.

Combi Spazio memang best tapi kami nak jual sebab Hana lagi suka duduk dalam SSC. Jadi, sudah lama tak pakai stroller.

Kelebihan Combi Spazio:
1) Sesuai digunakan daripada newborn
2) Ruang tempat duduk luas
3) Kusyen yang tebal dan lembut
3) Ringan
4) Hampir full recline, boleh baringkan kusyen
5) Rear and forward facing, boleh tukar menghadap depan atau belakang
6) Kanopi yang besar

Harga : RM800.00
Cash on delivery - Putrajaya/Bangi





Kepada yang berminat, sila tinggalkan no untuk dihubungi atau emel di ruangan komen.
Terima kasih :)

23 October 2014

Perkhidmatan Syarikat Movers/Packers Yang Murah

Hampir setahun berpindah, baru saya dapat menulis ulasan tentang perkhidmatan Move/Pack yang kami ambil pada November tahun lepas dengan Trio Logistics. Saya dapat maklumat tentang syarikat ini selepas saya mengisi permintaan untuk sebut harga untuk perkhidmatan movers/packers di satu laman web. Saya sudah lupa alamat web tersebut. Jadi, tak dapat kongsikan alamat webnya.

Syarikat ini antara yang memberikan respons kepada permintaan sebut harga tersebut. Emel dihantar kepada saya bersama borang untuk senarai barang/perabot yang akan diangkut untuk berpindah. Selepas mengembalikan borang yang lengkap diisi, mereka emelkan saya sebut harga perkhidmatan move and pack. Harga yang ditawarkan memang murah berbanding sebut harga lain yang diterima.

En. Asrul, saya kira tokey la kot ada datang ke rumah untuk tengok berapa banyak barang yang hendak diangkut. Selepas selesai sesi tinjauan, En. Asrul terus beri harga perkhidmatan. Saya cuba tawar harga. Alhamdulillah, dapat.

Pada hari kejadian untuk berpindah, kerja-kerja membungkus barang bermula jam 12 tengah hari. Saya yang minta lewat sedikit. Biasanya mula kerja jam 9 pagi. Semua barang kaca akan dibungkus dengan kertas, plastic wrap atau bubble wrap mengikut jenis barang. Kotak dan semua peralatan pembungkusan Trio Logistics yang sediakan. Sudah termasuk dalam kos perkhidmatan.

Selepas waktu Zuhur, semua barang diangkut masuk lori muatan 5 tan. Bunyi macam besar tapi penuh juga lori dengan barang rumah kami.













Selepas En. Asrul selesai semak dan pastikan semua barang yang hendak diangkut selamat dimasukkan ke dalam lori, barulah lori dikunci. Kemudian, lori terus bergerak ke destinasi baru. Sesampainya, di rumah baru semua kotak dan barang diangkut. Kotak akan diletakkan mengikut kehendak tuan rumah. Barang dalam kotak tidak unpack. Itulah tugas tuan rumah nanti. Saya ambil masa 5 bulan baru selesai membuka semua kotak yang ada. Itupun ada lagi kotak dalam stor belum selesai 'diuruskan'.

Semua proses mengangkut dan memasang semula selesai hampir jam 8 malam dan terus kami selesaikan pembayaran.

Penat, letih juga tengok orang mengangkut barang.

Bagi yang mencari perkhidmatan move and pack, boleh cuba syarikat ini.


Trio Logistics
En. Asrul - 0199358696 / 0199739109


Harga murah, perkhidmatan pun bagus. Saya bagi 4 daripada 5 bintang.

Nasihat saya, barang yang penting dan berharga lebih baik diangkut sendiri bagi menjamin keselamatannya.

28 September 2014

Kedai Jual Lampu Murah

Ramai yang cakap, kalau nak beli lampu, cuba cari kedai di Puchong. Biasanya, harga lebih murah berbanding tempat lain. Jadi, kami tak survey langsung tempat lain, terus saja sasarkan Puchong.

Ada kawan beritahu, ada satu kedai berdekatan BHP Puchong menjual lampu dan kipas dengan harga paling rendah berbanding kedai lain. Terus sajalah cari kedai ini.

Seperti biasa, mestilah Google dahulu. Memang banyak ulasan tentang kedai ini. Semuanya bagi ulasan yang positif.

Semalam, kami ke sana nak membeli lampu dan kipas. Kami sampai agak awal juga dalam lingkungan 10.40 pagi. Perjalanan lancar menggunakan panduan Google Map yang dah ditetapkan GPS destinasi kedai.

House Lightings nama kedainya.




Kali pertama, saya nak membeli lampu dan kipas. Memang tak tahu apa-apa. Redah sajalah kan. Bila masuk di dalam kedai, sudah ada pun pelanggan tapi belum ramai sangat. Kali pertama masuk kedai lampu, rasa seronok pulak tengok cara menyusun lampu untuk dicuba.



Proses pemilihan barang yang kami nak beli menjadi mudah dan cepat sebab dibantu pembantu kedai yang cekap. Setelah selesai pemilihan barang, semua barang dikumpulkan di satu bahagian untuk semakan. Kami tak perasan pun bila barang dibawa ke bahagian itu, tengok-tengok semua dah sedia untuk diuji atau disemak.

Setelah selesai proses semakan, pembantu kedai bagi no giliran untuk pembayaran di kaunter bayaran pula.




Selepas selesai pembayaran, barulah barang dikeluarkan dan disemak lagi. Pembantu kedai tolong angkut barang ke kereta.

Dalam jam 11.20 pagi, kami dah pun bertolak balik ke Putrajaya. 40 minit sahaja semua selesai.

Kepada yang nak membeli lampu dan kipas, boleh cuba ke kedai ini.

House Lightings
1-19, Jalan Bpu 6
Kawasan Perniagaan Bandar Puchong Utama
47100 Puchong, Selangor




http://goo.gl/maps/U3bAp

*Selepas nampak Avenue@Puchong di sebelah kiri, terus masuk simpang kiri, kemudian masuk lorong kanan yang pertama.

Buka hari Selasa - Sabtu (10 pagi -8 malam)
Ahad (hingga 5 petang)
Isnin tutup

07 September 2014

Ulasan: Cloth Pad

Sebenarnya, saya sudah lama nak beralih ke Cloth Pad (CP). Hana pakai CD, Ummi pakai CP. Tapi, saya asyik bertangguh membeli. Selalu mendahulukan beli benda lain. Kalau beli shawl, laju saja seluk purse.

CP yang pertama saya beli, pantiliner jenama Charlie Banana. Harga dalam RM60 (lebih kurang, tak ingat dah harganya), dapat 3 keping CP dan 1 wetbag. Selesa juga pakai CP jenama Charlie Banana. Tapi, 3 helai memang tak cukup.

Lama juga bertangguh membeli, sehinggalah Hana setahun 3 bulan, saya tambah koleksi dengan jenama Snowdrop. Ini handmade, buatan Malaysia. Saya beli dry flux pad, fungsi sebagai pantiliner. Materialnya minky dan dengan kain cotton bercorak yang cantik. Selepas mencuba, memang sangat, sangat, sangat puas hati. Selesa sangat!



Selepas menggunakan CP, saya rasa tak seronok nak menggunakan pad/pantiliner biasa. Belian seterusnya, saya beli Light Mist Pad Snowdrop. Teruja sangat tengok pad lawa-lawa tu. Tak sabar nak guna. Hehe.

Tak susah pun guna CP. CP yang dah kotor tu,, basuh dulu dengan air biasa (bilas-bilas), kemudian simpan dalam wetbag. Balik ke rumah, rendam CP dalam baldi. Tambah sedikit saja sabun. Biar sekejap, baru basuh. Kesan kotoran pun mudah sangat nak tanggal.

Banyak lagi jenama lain yang keluarkan CP di Malaysia. Saya memang dari dulu, dah pasang niat nak beli jenama Snowdrop, sebab tu terus membeli jenama ini.


*Ini ulasan ikhlas saya, tak dibayar oleh pihak Snowdrop :)

26 June 2014

Susu Kambing GMilk

Pernah minum susu kambing tak? Dulu saya pun tak pernah sebab ada stigma dalam kepala..

"Mesti ada bau kambing.."

Bila saya mengandung, saya banyak google info persediaan lepas bersalin. Antara yang saya cari ialah bagaimana mrngelakkan bayi kena demam kuning. Antara petua yang saya dapat ialah minum susu kambing. Saya mula kenal susu kambing dengan susu kambing Nubian. Sekali dah cuba, memang sedap. Terus suka!

Selepas bersalin, saya cuba nak teruskan minum susu kambing. Dengarnya, boleh banyakkan susu badan. Tetapi, stok susu Nubian susah nak dapat. Selalu saja tiada stok di rak Aeon Big.

Tanpa disangka, saya terbaca perkongsian kawan di FB tentang susu kambing GMilk , susu daripada kambing Jamnapari. Ladangnya di Nilai. Boleh buat penghantaran ke Putrajaya dan serata KL. Harga sebotol RM5, kandungan 200ml. Tiada caj penghantaran. Kalau beli di ladang lagi murah. Kalau tak salah RM3.80 sebotol.





Perbandingan susu kambing GMilk dan Nubian:

1. Kedua-duanya sedap. Tiada bau kambing
2. GMilk datang dalam bentuk beku. Nubian dalam bentuk cecair. Cara uruskan GMilk sama macam uruskan EBM
3. GMilk lagi berkrim
4. Setakat saya minum, tiada sebarang alahan. Hana pun ok




Freezer dipenuhkan dengan GMilk. Frozen EBM dah tak buat. Ada 30 botol. Bajet untuk 30 hari, sebotol sehari. Ini usaha nak kekalkan stok susu semasa bulan puasa. Ramai yang kata minum susu dengan kurma masa puasa boleh kekalkan penghasilan susu. Moga berhasil. Amin.

Saya pernah cuba Hi-Goat tapi tak serasi dengan saya. Tekak berdarah mungkin sebab badan panas dalam kut.

Sejak dah terbiasa dengan susu segar, bila minum susu yang bukan jenis susu segar, rasa tak sedap dah..

Kepada yang berminat nak mencuba GMilk, boleh hubungi no hp 012 223 9379.

02 June 2014

Kedai Barang Elektrik Murah

Puas juga saya google di mana kedai yang menjual barang letrik murah. Niatnya nak buat kajian dulu harga mesin basuh. Akhirnya, saya terjumpa satu perkongsian daripada blogger yang membeli bread maker di sebuah kedai di Kajang dengan perbezaan harga hampir RM400 berbanding kedai lain. Ini memang murah!

Hari Sabtu yang lepas, kami ke kedai tersebut. Niat memang nak survey tapi saya sudah pasang niat juga. Kalau murah, memang beli terus. Tak sempat la nak survey banyak kedai pun. Lagipun, memang nak pakai cepat mesin basuh. Mesin basuh sedia ada sudah kurang berkesan fungsinya. Sudah sampai masa untuk pencen.

Awal-awal lagi saya beritahu suami, agak sukar nak dapat ruang tempat letak kereta berdekatan dengan kedai ini. Sebab, kedai ini berhadapan jalan yang sibuk.

Masuk saja kereta, terus saya berdoa kuat-kuat.

"Ya Allah.. mudahkanlah kami dapat parking yang dekat"

Alhamdulillah, kali ketiga pusing mencari, akhirnya kami dapat ruang letak kereta betul-betul depan kedai. Rezki sungguh! Syukur..

Melangkah masuk ke kedai, terus bertanya mesin basuh front load. Kehendak sebenarnya.. Konon nak cuba jenis macam ini pula. Belek punya belek, fikir dan fikir. Kami tukar fikiran. Beli saja jenis top load. Boleh dapat muatan yang lagi besar dengan bajet yang ada. Akhirnya, kami beli muatan 12kg. Mula-mula, nak ambil yang 15kg. Mujur, saya cepat sedar diri. Kain 3 beranak saja pun kan. 12kg dah sangat cukup untuk kami. Bolehlah lepas ini basuh comforter sendiri di rumah. Tak perlu lagi hantar ke dobi.

Harga yang ditawarkan memang murah. Harga yang ditawarkan oleh aunty tokey kedai lagi murah berbanding uncle. Harga yang uncle beri mahal RM50. Tapi tak mengapalah. Saya fikir, harga itu masih berbaloi. Akhirnya, kami pulang dengan gembira sebab petang ini sudah boleh membasuh baju dengan senang hati.

Jika ada pembaca yang nak membeli barang elektrik, boleh cuba ke kedai ini.

PUSAT PERKHIDMATAN TV & VIDEO TOONG KING
No 6, Jalan Besar Kajang 43000 Selangor.
Tel: 03-87332188

Harga berbaloi. Layanan terbaik. Sabar menunggu. Siap bukak mesin basuh baru muatan 14kg dan 12kg, letak sebelah-menyebelah untuk kami banding. Rajin melayan pelanggan. Siap dukung Hana lagi.



Hana dah susah hati, takut kena tinggal


Harga mesin basuh yang sama di Aeon Big. Memang jauh beza dengan harga di kedai Toong King.

27 April 2014

Al-Humaira Clearance Sale!

Sejak Al-Humaira dah buka butik di Seri Bangi, makin kerap la shopping shawl kat sini. Kualiti material shawl atau produk label Al-Humaira memang puas hati. Dulu sanggup ke Kota Damansara, semata-mata nak membeli.

Al-Humaira buat clearance sale 2 hari, bermula semalam. Baru hari ini saya dapat menjengah sale ni. Banyak yang dah habis. Walaupun begitu, saya tak balik dengan tangan kosong. Haha.. sayang kalau tak beli.

Memang sale habis. Puas hati dengan diskaun tu.

Bagus Al-Humaira. Nanti buat sale lagi, saya mesti pergi menjengah lagi.


17 April 2014

Aplikasi Android Untuk Mengemaskini Blog

Hari ini, saya nak kongsi tentang tajuk yang lari sedikit daripada tajuk penyusuan. Asyik berderet tajuk tentang itu saja kan! :D

Saya suka menulis blog sekarang ini sebab saya sudah jumpa aplikasi Android yang boleh bantu saya mengemaskini blog dengan mudah dan mengikut apa yang saya kehendaki. Kalau nak tunggu ada depan PC atau laptop, baru nak kemaskini blog, memang bersawanglah blog ni.

Saya gunakan aplikasi ini.

1. Bloggeroid

Ini aplikasi terbaik untuk mengemaskini blog. Sangat mudah. Aplikasi rasmi daripada Google pun kalah dengan Bloggeroid. Mudah untuk menaip kandungan dan yang paling penting (bagi saya), mudah untuk memuat naik gambar dan menyusun kedudukan gambar dalam kandungan blog mengikut citarasa saya.

Kalau aplikasi lain, gambar yang dimuat naik secara automatik diletakkan di bawah post.

Saya bagi 5 bintang! :D


2. Photo Editor

Kebiasaannya, saya guna aplikasi ini untuk mengubah saiz gambar yang saya ambil.


3. Aviary

Selesai mengubah saiz, saya akan sunting sedikit gambar menggunakan efek yang disediakan dalam aplikasi Aviary. Efek hampir menyamai efek gambar dalam Instagram. Janji gambar ada efek sedikit...


4. Google Analytics

Ini kalau nak tengok berapa banyak page view pada blog. Seronok gak dapat tengok statistiknya. Bolehlah buat pembakar semangat rajin menulis blog. Hehe..

Kalau ada smartphone dan suka menulis blog, bolehlah install aplikasi yang saya senaraikan tu. Kemudian, rajin-rajin kemaskini blog ye.



Aksi Hana :D

12 April 2014

Jatuh Hati Dengan Minuman Yogurt Farm Fresh

Dulu saya rasa hairan kenapa orang boleh makan/minum yogurt sebab bagi saya rasa yogurt tak sedap. Saya pernah mencuba minum yogurt Bliss tapi saya tak berapa berkenan sebab rasa manis.

Tetapi, sekarang saya dah jatuh hati dengan Yogurt Farm Fresh. Sangat kena dengan selera saya. Rasa kurang manis. Rasa yogurt tak terlalu masam. Rasanya seakan frozen yogurt Tutti Frutty.

Pada mulanya, saya beli satu botol Yogurt Farm Fresh ini sebab sekadar nak mencuba. Bila dah rasa, terus suka. Suami pun suka. Berebut lak minum. Hehe.. 

Saya buat pula pembelian kali kedua di Cold Storage. Saya beli 4 botol terus. Saya ambil semua pilihan perisa yang ada.



Setakat yang saya jumpa ada 3 pilihan iaitu original, mixed berries dan mango tango. Setelah mencuba semua pilihan perisa, saya lebih suka yang mixed berries. Rasanya lebih serasi.

Satu perkara yang paling penting, yogurt Farm Fresh menggunakan susu segar dan bukan pepejal susu. 

Bagus minum yogurt. Elok untuk kebaikan badan sebab dapat menggalakkan penghasilan bakteria baik. Bagi para ibu menyusu, amalan minum yogurt boleh meningkatkan penghasilan susu. Alhamdulillah, saya tengok ada peningkatan hasil perahan susu dalam 1-2 oz sehari setelah amalkan minum yogurt.

Gembira sebab saya jumpa makanan yang serasi dengan saya untuk meningkatkan penghasilan susu.

Syukur.

17 April 2013

Ulasan: Pakej Fotografi Perkahwinan

Saya rasa hampir semua B2B akan masukkan pakej fotografi dalam bajet perkahwinan. Harga bagi satu pakej fotografi kebiasaannya bermula daripada RM1,000. Harga paling mahal saya pun tak pasti. Bergantung kepada siapa jurugambar tersebut. Kalau dia seorang yang terkenal, harga pasti meletup! Hehe... Tetapi, jurugambar yang terkenal kebiasaannya adalah jurugambar sepenuh masa atau profesional. Jadi, hasil gambarnya sudah pasti berkualiti tinggi. InsyaAllah, klien akan puas hati.

Pengalaman saya sendiri, saya mengambil pakej fotografi mengikut bajet saya. Kalau ikutkan nafsu, memang berhajaaaat sangat nak ambil jurugambar profesional. Daripada sebelum ada ura-ura nak kahwin asyik tengok hasil kerja dia di webnya. Bila tanya pakej (saja la tanya kan.. walaupun dah agak tak sampai bajet..), memang melebihi bajet. Jadi, niat itu terkubur sahaja. Jurugambar pilihan saya dipilih setelah melihat-lihat hasil kerja dia di fb @ blognya. Ok, hasil suntingan nampak menepati citarasa saya. Rundingan pun dibuat dan mendapat harga yang agak berbaloi, kalau dibandingkan harga yang ditawarkan oleh jurugambar lain (pada tahap yang sama).

Pada pendapat saya, B2B perlu bersedia dengan isu seperti saya senaraikan ini bila mengambil pakej fotografi perkahwinan:

1. Bersedia dengan hasil gambar yang akan diperolehi kemudian. Hasilnya tidak akan 100% menepati apa yang diharapkan atau seperti yang jurugambar masukkan dalam fb@blog. Adakah ini bermakna jurugambar menipu? Saya tidak berkata begitu, fb @ blog jurugambar adalah ruang untuk promosi. Sudah pasti akan dimasukkan gambar yang terbaik. Cuma, pada pendapat saya, jurugambar perlulah cuba menghasilkan hampir seperti yang diiklankan. Sebabnya, klien membeli perkhidmatan anda berdasarkan iklan tersebut. Iklan itu sebenarnya janji anda kepada klien tanpa anda sedari.
B2B juga perlu bersedia gambar yang dirakam oleh jurugambar tidak semuanya akan menepati citarasa anda. Sebagai contoh, anda mahu jurugambar merakamkan gambar suasana majlis perkahwinan. Tidak hanya gambar pose pengantin sahaja. Jurugambar mungkin akan merakamkan suasana majlis tapi tidak merangkumi semua suasana. Gambar yang dirakam hampir sama sahaja suasananya!

2. Perlu rajin membuat susulan dengan jurugambar. Berdasarkan pengalaman saya, jurugambar berjanji akan menyiapkan album dalam masa tiga bulan. Dari awal saya dah jangka, paling cepat adalah 3 bulan. Tetapi, rupanya tak. Selepas 6 bulan baru album sampai ke tangan saya. Itupun setelah berkali susulan dibuat. Agaknya.. kalau saya tak rajin buat susulan mungkin setahun lebih baru album ni siap agaknya...

3. Sabar dengan pelbagai karenah. Pelbagai perkara yang tidak dijangka akan berlaku. Kelewatan album siap akan berlaku disebabkan pelbagai faktor. Jadi, bersabarlah sahaja dan berserta juga usaha dengan buat perkara di no. 2. Kemungkinan juga akan berlaku, jurugambar lupa dengan apa yang dijanjikan. Terutamanya, jika yang apa yang dijanjikan adalah tambahan kepada pakej sedia ada. Contoh, tambahan bingkai gambar. Klien boleh tanyakan semula, tapi susah nak dibuktikan sekiranya tiada bukti bertulis. Kalau jadi begini, redha ja lah ye..

Jika anda yang membaca ini seorang jurugambar, saya rasa elok amalkan pesanan di bawah:

1. Aktif dan ceria semasa majlis. Peranan anda penting bagi memberikan mood kepada klien anda. Jika anda aktif dan ceria, lagi mudah klien memberikan yang terbaik.

2. Pastikan perkhidmatan diberikan baik bemula daripada rundingan hingga selepas berjaya close deal dan sehinggalah album selamat diserahkan kepada klien. Maklumkan status terkini sekiranya album tidak disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan.

3. Hargailah klien anda. Jika anda pandai mengambil hati klien anda, klien akan bantu anda untuk promosikan perkhidmatan anda. Lagi-lagi, bagi klien yang sudah membayar semua bayaran. Tapi, jika anda rasa ini tak perlu, mungkin anda dah mewah job!  Hehe..

Panjang betul ulasan ini. Mungkin boleh jadi tips pada yang rasa sesuai. Kalau tidak, ini hanya pendapat peribadi saya.

11 April 2013

Album Photobook

Saya ada mengambil pakej fotografi untuk majlis perkahwinan saya. Pakej tersebut termasuk satu custom album dan semua gambar yang diambil oleh photographer. Ada kisah juga di sebalik pakej fotografi. Selepas enam bulan.. baru lah album saya selamat sampai ke tangan saya. Itupun puas lah kena buat susulan. Tapi, takpa lah.. semua dah selesai.

Saya memang dah tau, tak semua gambar akan muat dimasukkan dalam 1 custom album tu. Jadi saya beli kupon photobook daripada ilovediscounts. Saya beli 2 kupon untuk 2 album. 1 kupon jika tak silap dalam RM38 untuk tempahan album RM249 (ini pun kalau tak salah ingatan ni..). Last minit juga baru hantar tempahan untuk cetak album ni. Perkhidmatan photobook memang cepat. Saya hantar tempahan hari Sabtu, hari Selasa album dah selamat sampai. Teruja nak tengok hasilnya!
Alhamdulillah, saya puas hati dengan hasil albumnya. Gambar dalam album ini saya susun supaya ada penceritaan kisah majlis. Lepas ni, kalau ada lagi kupon seperti ini, memang saya nak beli lagi. 

Memang berbaloi!

B2B boleh la beli kupon ni. Senang saja nak buat album ni. Perlu muat turun photobook designer terlebih dahulu untuk design layout album. Perisian designer ni juga mudah. Macam guna MS word ja.

20 July 2012

Ulasan: Make Up

Ok.. selepas 1 bulan 1 minggu 5 hari, akhirnya keluar juga sisipan tentang ulasan majlis saya yang serba ringkas dan sederhana. Yang penting, semuanya yang wajib tu berjalan dengan lancar. Alhamdulillah..

Berbalik kepada tajuk perkongsian.. (sebelum mukadimah jadi lagi panjang hehehe), pada mulanya saya memilih untuk mendapatkan perkhidmatan make up daripada butik pengantin. Sebabnya, make up ini dah termasuk dalam pakej. Setelah berlaku beberapa perubahan, seperti yang diceritakan di perkongsian ini. Beberapa perubahan keputusan terpaksa dibuat. Nak dijadikan cerita, dalam kelam kabut menangani pelbagai perubahan tu.. saya terjumpa seorang MUA yang saya sangat suka hasilnya. Yang penting sekali, MUA ini tinggal di bandar asal saya. Alhamdulillah rezeki saya..

Melihatkan hasil sentuhan MUA ini buat saya tak berfikir panjang. Terus telefon menanyakan cara untuk tempahan tarikh dan bayaran. Tarikh untuk majlis saya tu masih kosong. Terus saya mengesahkan tempahan. Maka, batallah perancangan awal nak amik perkhidmatan make up di butik. Hehe.. maaf la.. mata saya suka hasil MUA ini. Buat muka nampak lagi berseri-seri.. walaupun tak buat pun ayat penaik seri.. Hihihi..


Wajah saya selepas sentuhan MUA ini memang saya puas hati. Berjaya buat saya senyum selebarnya dengan penuh yakin. Hehehe.. sangat penting make up untuk meningkatkan keyakinan diri pengantin. Jadi, masa majllis saya.. saya memang tersenyum lebar. Tu ja cara nak nampakkan saya gembira.. Hehehe


Sumber: Blog Zoey

MUA saya ni masih muda remaja. Rajin berkongsi tips make up dalam blognya. Namanya Zoey, Perkongsian Zoey tentang make up saya boleh di baca di blog Zoey. Beliau juga ada FB Fan page. Saya sangat berpuas hati dengan hasilnya. Harga pulak sangat berbaloi. Sangat dicadangkan pada B2B, yang inginkan sentuhan make up yang terkini. Paling penting, Zoey akan make up ikut kehendak pelanggan. Macam saya, saya taknak bulu kening dicukur dan pakai bulu mata palsu. Bersyukur sangat... Zoey ok. Cantik hasilnya seperti yang saya nak..

Pada yang berminat, boleh la hubungi Zoey. Buat masa ini, Zoey terima tempahan bagi kawasan di Kulim, Kedah sahaja. Perkongsian ini tidak ditaja oleh Zoey ok... Saya sangat gembira nak kongsi dengan semua.. salah satu perkara terbaik saya dapat dalam majlis saya.. :)