Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

02 June 2012

Bunga Telur

Satu lagi projek DIY saya ialah bunga telur. Pada mulanya saya buat 50 batang.. hanya untuk bunga pahar sahaja. Kemudian, ada cadangan ibu untuk bagi bunga telur kepada rombongan pengantin lelaki.


Jadi, saya sambung lagi buat bunga telur untuk keluaran kedua hehe. Rancangnya nak cukupkan menjadi 200 batang. Tapi, disebabkan masa tak mencukupi.. saya sempat buat tak sampai 100 batang pun. Hehe.. tiba-tiba masa jadi tak mencukupi lak.. Ok lah tu.. janji ada gak kan.. :)

28 May 2012

Idea Pelamin atau Ruang Bergambar (Photobooth)

Memandangkan saya kena DIY sendiri pelamin atau pun photobooth saya.. Memang niat untuk ambil gambar saja. Jadi, namanya photobooth. Kalau terjemah dalam Bahasa Melayu jadi ruang bergambar.


Bila google, memang macam-macam idea yang menarik dan saya rasa mudah nak laksanakan dijumpai. Paling penting, praktikal, mudah dan bajet berhemah! Hehehe..


Antara yang menarik perhatian saya ialah penggunaan riben.. Cantik, bila pandai olah padanan warnanya.


Sumber: Google

Sumber: Google

Sumber: Google

Banyak idea boleh diolah dengan penggunaan riben. Menarik!


27 May 2012

Bunga Tangan Felt

Projek DIY terbaru yang baru saja siap. Fuh.. sampai 2 pagi tadi cuba siapkan.. Nak siapkan juga.. takmau bertangguh lagi.

Saya pakai kain felt warna pink. Saya beli di Daiso. Tak pasti murah atau tidak sebab saya beli kain felt kat Daiso saja.

Cara nak buat bunga ros ini, sama saja teknik dengan buat bunga ros menggunakan kertas. Banyak tutorial termasuk dalam youtube tentang caranya. Antaranya.. boleh jenguk di sini.

Hasilnya...




21 May 2012

Bingkai Bunga

Projek DIY saya yang baru selesai ialah bingkai bunga. Cadangan saya bingkai ini nak digantungkan di bilik. Harapnya, naik la seri cantiknya.. :)


Ideanya daripada gambar xB2B ini...




Bingkai saya seperti ini.. Bunga ros dibuat menggunakan kertas crepe. 

Warna bunga jadi kurang menyerlah pulak bila gambar ni diambil guna camera hp..


Harapnya hasilnya bila digantung dalam bilik menjadi seperti yang saya bayangkan... :)

20 May 2012

Kad Undangan Saya

Kad undangan versi sedikit cantik telah selamat diedarkan. Alhamdulillah, ramai yang suka. Ringkas tapi sweet... Bukan lah niat nak dapat pujian orang, tapi pujian itu buat saya rasa lebih bersemangat dengan projek DIY saya.


Kad saya memang ringkas. Pada asalnya.. Hanyalah kad empat segi yang biasa. Tapi, pada saat akhir saya cuba untuk merealisasikan idea saya sebelum ini iaitu untuk buat sedikit dekorasi pada kad. Saya terus tempah satu alat ajaib dari satu blog online. Ajaibnya..  sebab selepas guna alat ini pada kad, teruk naik seri kad tu.


Saya tempah penebuk lubang corak doiley lace dari scrap n crop. Dalam masa sehari, penebuk lubang ni selamat sampai. Operasi menebud kad pun terus lah bermula.


Penebuk lubang corak doiley lace. Ada 2 model, tapi harga berbeza. Saya pilih yang harga lagi murah.

Operasi menebuk kad mengambil masa 2 hari saja. Saya buat secara sambilan, selepas balik kerja. Alhamdulillah, hasilnya memuaskan hati saya.


Kad undangan saya yang sudah selamat diedarkan.


Syukur kepada Allah.. :)


26 April 2012

DIY: Beg Cenderahati - Misi yang berjaya!

Dalam catatan sebelum ini, saya bercerita beg cenderahati hanya disediakan 200 keping sahaja. Tetapi, semuanya berubah apabila ibu saya menyuarakan hasrat untuk memberikan beg cenderahati kepada semua tetamu. Jumlahnya ialah 1000 keping. Jadi, saya perlu siapkan lagi 800 keping. Pening jugak la masa dengar ni.. Sebab, rasanya seperti mustahil nak disiapkan seorang diri.


Saya pun mencari beg kertas ini di kedai bakery tapi tak jumpa beg kertas seperti yang saya beli di Bagus. Beg yang dijual di online pun (seperti yang saya kongsikan dalam catatan sebelum ini) rasanya bukan saiz yang sama. Akhirnya, saya membuat tempahan di Bagus sebanyak 800 keping. Lama juga saya tunggu tempahan beg ini. Kalau tak salah, hampir 3 minggu. Dengarnya, tiada stok. 


Akhirnya, beg ini berjaya sampai di tangan saya pada hari Sabtu lepas. Bermula hari Ahad, misi ini (seperti mustahil pada mulanya) bermula... Memang bersungguh buat beg ini seorang diri. Dah seperti kilang dah... Dengan tempoh 5 hari, akhirnya 800 keping beg ini saya berjaya siapkan dekorasinya. Seperti edisi 200 keping sebelum ini, cuma sedikit perbezaan pada warna dakwat pad cap. Kali ini, saya gunakan dakwat warna merah untuk capkan nama saya dan En. F. Nampak lagi comel hasilnya.. Hehehe..


Syabas pada diri saya sendiri.


Beg ini sedang menunggu masa untuk dibawa pulang ke kampung. Jumlah beg untuk tetamu nanti 1000 keping lebih. Sebab, ada tambahan beg di kampung. Saya akan buat dekorasi yang sama pada beg tu.


Beg kertas berjaya disiapkan tepat jam 11.00 malam..


Syukur pada Allah... atas kekuatan yang diberikan.. :)

21 April 2012

Hantaran - Cubaan Pertama

Hari ini sudah pun membeli bunga untuk hiasan hantaran. Saya pilih bunga yang nampak cantik ja. Pening pulak pilih bunga tadi..


Cubaan pertama saya... saya cuba hiaskan di hantaran buku. Erm... seperti banyak lagi perlu ditingkatkan. Macam kurang rasa ja.. huhu...


20 April 2012

Veil Nikah DIY Saya

Alhamdulillah.. veil nikah saya dah siap.. mengikut perancangan saya..


Saya menggunakan kain chiffon warna tiffany blue, dibeli di Jakel. Saya beli 1m dengan harga RM25. Kain chiffon dipotong bentuk D, tapi lama-lama jadi bentuk lain dah. Sebabnya, saya betulkan bentuk potongan kain tu hingga dapat seperti yang saya nak bila veil ni dipakai. Labuh veil pula saya ukur hingga ke paras pinggang.


Saya buat patching lace di kepala. Lace ni saya beli di Bandung. Mahal jugak sebenarnya. 1m lebih kurang RM24. Rasanya, kat Jakel pun boleh dapat harga camni. Entah lagi murah.. Jadi, jangan percaya lace di Bandung murah. Mahal dah la sekarang...


Veil ini saya 'meriahkan' dengan manik. Saya gunakan 2 jenis saiz manik dan warna yang hampir senada. Manik ini saya beli di VR Star, Nilai 3. Beli yang timbang, bukan dalam paket. Terus saja beli kat sini, jadi tak pasti murah atau tidak. 2 jenis manik, setiap jenis 30gm, jumlah harganya RM12.


Alhamdulillah.. Hasil veil ni memuaskan hati saya.. Percubaan pertama kan.. 


Apa yang saya belajar, lebih baik guna lace yang lembut kalau nak buat patching lace di veil. Kalau tidak, nanti veil jadi keras sedikit. Itulah kesilapan saya. Depan kepala veil keras sedikit, jadi saya kena la sesuaikan cara pemakaian veil tu nanti. InsyaAllah.. harap semuanya ok.. :)


Veil nikah saya

Untuk rekod, jumlah kos veil ni:
Kain chiffon - RM25
Jahit tepi - RM3
Lace - RM24
Manik - RM12
Jumlah : RM64
* Tak sampai harga ini, sebab masih ada lebihan lace dan manik tu..


Lepas ini, akan sambung projek DIY seterusnya.. Yeay..

27 February 2012

Beg Cenderahati dah siap!

Yeay.. beg cenderahati dah siap. 200 keping je.. Berjaya siapkan mengikut jadual dan dalam masa 10 hari (sekadar catatan hehe).. Alhamdulillah. Beg ini dah boleh dibungkus untuk diangkut balik kampung nanti..






Ada lagi tambahan beg cenderahati di kampung, lebihan beg cenderahati yang digunakan semasa majlis perkahwinan abang saya . Beg tu saya DIY sendiri, menggunakan kertas sugar paper. Kali terakhir, saya semak keadaan beg tu... masih ok. Jadi, balik kampung nanti, boleh la saya sambung buat 'deco' ringkas pada beg itu..


Dah siap beg ini, sambung kerja seterusnya. Kad undangan pulak... :D  

18 February 2012

DIY: Beg Cenderahati (Goodie Bag)





Beg cenderahati ini saya buat dalam kuantiti yang sedikit saja. Tak mampu nak sediakan kepada semua tetamu. Dalam perancangan saya, beg cenderahati ini akan diberikan kepada kumpulan marhaban dan bentara (atau penanggah). Sekadar ingatan dan perhargaan kecil,kalau nak dibandingkan dengan penat lelah mereka dalam menjayakan majlis saya nanti.


Saya hiaskan beg ini dengan hiasan ringkas sahaja. Saya guna brown paper bag, yang saya beli dari Bagus Kajang. RM9.90 untuk 100 keping beg. Memang dah siap bungkus dalam kuantiti 100 keping untuk setiap bungkus. Sebelum ini, ada saya terbaca daripada blog B2B, di Yummy Bakery, Bangi lagi murah. Saya pergi cari di Yummy, tapi tiada stok beg ni. Jadi, saya beli di Bagus, mahal sedikitlah harganya.  


Beg ini boleh juga beli secara online. Boleh layari Greentree. Harga yang dipaparkan adalah termasuk caj penghantaran dan minimum tempahan adalah 500 keping. Bagi yang nak beli banyak, saya rasa berbaloi juga beli secara online.


Apa yang saya gunakan untuk buatkan beg cenderahati ini.


1. Bahagian atas beg dilipat sebanyak 6 cm ke muka belakang beg. Kertas doily saiz 4.5" dipotong 2.


Ada kertas doily di situ, tapi tak berapa jelas :p


2. Lekatkan kertas doily di bahagian atas beg (di muka hadapan beg).


3. Capkan beg dengan cap.




Mengenai doily paper tu, setakat perbandingan saya, Yummy Bakery jual dengan harga paling murah. Doily paper 4.5 inci dengan 250 keping, harganya RM3.20. Kalau 3.5 inci, harganya RM2.70 (jika ingatan saya betul.. hehe)


Jadi, belilah di Yummy Bakery, sebab sangat beza harganya. Di Bagus sangat mahal, 3.5 inci harganya RM4.50! Hah.. saya lah yang beli tu. Adeh!






Perkongsian ini hanya sekadar coretan kenangan saya. Memang sangat ringkas. Banyak perkongsian B2B mengenai beg ini yang boleh dijumpai di Internet. Cantik-cantik belaka! Selamat mencari ya!



10 February 2012

Kad Kahwin DIY

Saya merancang nak DIY kad kahwin saya. Rasa cam boleh buat.. insyaAllah. Dah lama juga saya mencari bahan-bahan dan idea untuk buat kad kahwin ini. Kad kahwin saya nanti, memang ringkas sahaja rekabentuknya dan mestilah kosnya dalam bajet saya. Berapa bajet saya? Hehe.. yang saya rasa berbaloi bagi sekeping kad. Saya rasa membazir buat kad cantik-cantik sedangkan nanti kad tu akan dibuang sahaja. Lebih baik kos tu digunakan ke arah lain..


Hasil operasi mencari dalam google, banyak juga contoh kad DIY. Kebanyakannya versi omputeh la.. tapi kita boleh sesuaikan dengan kad kahwin versi kita kan! :)







Cantik, macam-macam stail rekabentuk, tapi saya tak pasti saya boleh sangat rajin nak buat slot dalam sampul tu.. :D


Yang ni ringkas tetapi cantik. Suka!



Kalo camni, memang lain dari yang biasa!




Ada web yang menyediakan template percuma. Boleh saja terus edit kad di web, kemudian terus cetak kad. Janji dah ada pencetak kat umah k.. 


download & print - Kena save dulu template yang disukai, kemudian buka tempate gunakan pixlr online editor. Dalam pixlr ini, boleh la terus taip semua keterangan yang nak dimasukkan dalam kad tu


Antara template dalam web download & print.






Weddingchicks - Keterangan yang nak dimasukkan dalam kad perlu ditaip terus dalam borang. Kemudian, kad akan dijana terus. Save gambar kad tu, kemudian boleh la terus cetak... Yang ini pun senang jugak..


Banyak juga template yang ada, antaranya...






Template percuma ini boleh la bantu bagi idea.. atau nak guna terus rekabentuk ini pun ok. Dah cantik ni...


Saya.. akan mencari-cari idea lagi.. selagi kad belum dicetak.. ;)