Showing posts with label Bayi: persediaan. Show all posts
Showing posts with label Bayi: persediaan. Show all posts

22 April 2013

Pigeon Warehouse Sale

Semalam saya pergi pulak Pigeon Warehouse Sale. Rasanya ni kali pertama Pigeon adakan jualan gudang. Lokasinya berdekatan Monash University Bandar Sunway. Tengok alamat tu ingatkan dekat kawasan USJ Subang Jaya.

Kami sampai awal. Jam 9.30 pagi dah sampai. Kami terpinga-pinga tak tahu nak letak kereta di mana. Rupanya, letak tepi jalan. Memandangkan kami yang pertama sampai. Rasa pelik jugak nak letak kereta di situ. Sebabkan ada hal sket, kami tak tunggu di situ. Lepas selesai urusan, kami kembali ke sana. Dah banyak kereta diletakkan di tepi jalan.

Orang taklah ramai pun. Taklah besar sangat jualan ni. Paling saya kecewa, banyak barang dah habis. Bila tanya salesgirl tu, dia kata semua dah habis semalam. Semalam tak datang ke.. dia tanya pulak camtu. Adeh, kalau datang semalam, takdak la kot saya nak datang lagi hari ini. Baju saja yang masih banyak. Boleh dipilih.. Saya tak borong pun baju sebab dah puas borong di jualan Pureen semalam. Tapi, tak dinafikan kualiti kain baju Pigeon lagi ok. Harga baju semalam kebanyakannya dalam RM6 atau RM7 sehelai. Kalau sepasang baju dan seluar, jadi dalam RM13 begitu. Ada juga yang RM3, bila diteliti sebab ada kecacatan pada baju. Kotor ataupun ada defect.

Komen saya:
1. Berbaloi lah juga pergi. Harga masih murah jika dibandingkan dengan harga asal.
2. Pilihan tak berapa banyak. Sedikit ja barang yang dibuat jualan gudang. Kecewa.. baru pagi Ahad, barang dah tinggal saki baki sahaja. Kalau datang petang, memang lagi kecewa!
3. Ada barang yang dijual tu ada defect. Macam rejected item sale pulak. Liquid cleanser dijual murah RM8 tapi akan luput pada Julai 2013. Memang tak dapat la saya beli. Hanya jual yang nak luput saja. Agak tak patut la.

Mungkin sebab saya bandingkan dengan jualan Pureen yang tawarkan hampir semua produk. Di Pigeon, jauh berbeza. Agaknya barang yang tiada tu sudah habis diborong semalam kot..

Walau bagaimanapun, kalau Pigeon buat jualan ini setiap tahun, saya akan pergi lagi. Harap lagi menarik daripada kali ini.

20 April 2013

Pureen Stock Clearance 2013 : Memborong sakan!

Hari ni bermula Pureen Clearance Stock di Summit Co Petaling Jaya. Jualan ini sehingga esok sahaja. Saya buat dahulu kajian tentang tips dan panduan nak memborong di jualan Pureen supaya senang nak memborong. Ramai M2B yang berkongsi pengalaman memborong di sini. Rasanya, ini seperti acara wajib untuk para ibu.

Untuk rekod, ni kali pertama saya terjebak dengan jualan ini. Agak teruja juga nak rasa bagaimana pengalaman bersesak di jualan Pureen. Memang seperti yang dibaca sebelum ini, memang sesak betul orang. Kami sampai awal. Antara yang terawal jugalah masuk bila Pureen buka pintu jam 9.30 pagi. Bila dah masuk, saya dan suami terus menuju ke bahagian belakang iaitu bahagian baju. Kami cuba jugak berebut baju dari dalam rak, tapi tak berjaya pun. Baju lesap sekelip mata macam ikan pirana makan mangsa. Hahaha.. lawak jugak rasa. Kami sempat cekau beberapa pasang, kemudian putus asa. Terus cari lokasi sesuai untuk pilih baju hasil cekauan yang tidaklah lumayan sangat tu.. hehe..

Alhamdulillah, saya berjumpa rakan dan dia ajak sama-sama pilih dengan dia. Terus amik lokasi sebelah dia dan mula memilih dari longgokan baju yang ada. Semakin lama memilih.. cam ketagih pun ada. Taktiknya, tanya saja rakan sebelah kalau dah selesai memilih. Kalau ya, boleh sambung pilih longgokan baju yang dia cekau pulak. Memang inilah cara lagi mudah dan selamat. Memang banyak boleh dapat, walaupun pilih dari yang orang dah tinggalkan. Sebabnya, pilihan dia tak sama dengan kita. Mungkin dia cari baju untuk bayi lelaki. Kita pula mencari baju untuk bayi perempuan.

Memang baju bayi perempuan lagi banyak. Semuanya comel lak tu.. Sebab itu, saya dapat memborong sakan. Memang sayang nak lepas.. hehe. Jam 12.30 tengah hari kami bergerak balik. Masa itu, orang makin ramai. Memang elok sangat datang awal pagi. Gambar di bawah ni hasil saya memborong. Memang banyak, tapi hati sangat gembira. Esok nak pergi Pigeon Warehouse Sale lak.. hehe..

16 April 2013

Kegilaan Barang Organik

Saya sendiri tak pasti bila saya mula terjebak dengan barang organik. Tak ingat puncanya. Sebenarnya, barang kosmetik di pasaran kebanyakannya ada bahan kimia dan semuanya akan ada paraben. Paraben ni adalah bahan pengawet supaya barang kosmetik tersebut tahan dan tidak rosak.

Seeloknya, elakkan penggunaan bahan kosmetik yang ada bahan kimia. Memang kandungannya menepati standard kesihatan yang ditetapkan. Tapi, bayangkan kalau penggunaannya berpuluh-puluh tahun. Entah banyak mana dah tersimpan dalam badan kita. Tambah lagi zaman sekarang, banyak terdedah dengan bahan kimia. Sebaiknya cubalah elakkan semungkin boleh.

Berhati-hati juga dengan jenama. Walau bunyi macam 'makanan kulit' tapi ia tidak bermakna ia 100% natural apatah lagi organik! Memang produk kosmetik organik mahal sedikit harganya. Pakai pun memang berjimat lah... hehe.

Saya dah pun memilih jenama produk organik untuk bayi. Sebolehnya, tak mahu dedahkan bahan kimia pada kulit bayi nanti. Baru saja hantar tempahan hari Ahad lepas, hari ni dah sampai pun barangnya. Harap sesuai lah produk ni dengan bayi. Kebiasaannya, penggunaan produk organik tak berlaku alahan. Sebab, ia organik kan.