Showing posts with label Majlis - Persalinan. Show all posts
Showing posts with label Majlis - Persalinan. Show all posts

26 May 2012

Selendang (Shawl) Idaman Seperti Keluaran Radiusite

Dah lama saya mencari-cari selendang yang sesuai dengan baju pengantin saya. Memang butik sediakan tudung, tetapi dari tinjauan saya, fesyen tudung butik tu tak cantik. Saya tak suka! Jadi, saya pun mencari-cari idea untuk tudung pengantin saya. Saya bercadang untuk memakai selendang semasa majlis nanti. Tudung berawning awal-awal lagi saya tolak. Ntah la, saya rasa tak sesuai dengan muka saya.


Bayangan selendang saya tu mestilah penuh dengan beading. Setakat yang saya tahu, boleh dapat di butik online saja. Butik Radiusite dan Sugarscarf ada menjual selendang camni. Tapi, al maklumlah... butik ni ramai peminat. Kalau ada warna yang sesuai, cepat je dah habis. Susah sangat nak dapat. 


Sebenarnya, saya mencari selendang warna kuning. Akhirnya, saya jumpa satu butik online yang menjual selendang seperti keluaran Radiusite. Warna kuning yang saya cari ada. Beadings pun cantik dah! Rezeki saya.. alhamdulillah..


Terus email tanya pemilik butik. Alhamdulillah, ada lagi stok. Hari ini buat pembayaran, esok petang tu dah sampai selendang idaman saya. Sangat teruja dengan selendang ni. Cantik!


Bagi yang mencari selendang seperti keluaran Radiusite atau Sugarscarf, boleh la cuba tinjau Nofa Boutique. Mungkin, selendang yang dicari-cari ada di sini. 


Butik ini bukan agen Radiusite ataupun Sugarscarf. Cuma, produk yang dijual hampir sama.


Selendang idaman saya

20 April 2012

Veil Nikah DIY Saya

Alhamdulillah.. veil nikah saya dah siap.. mengikut perancangan saya..


Saya menggunakan kain chiffon warna tiffany blue, dibeli di Jakel. Saya beli 1m dengan harga RM25. Kain chiffon dipotong bentuk D, tapi lama-lama jadi bentuk lain dah. Sebabnya, saya betulkan bentuk potongan kain tu hingga dapat seperti yang saya nak bila veil ni dipakai. Labuh veil pula saya ukur hingga ke paras pinggang.


Saya buat patching lace di kepala. Lace ni saya beli di Bandung. Mahal jugak sebenarnya. 1m lebih kurang RM24. Rasanya, kat Jakel pun boleh dapat harga camni. Entah lagi murah.. Jadi, jangan percaya lace di Bandung murah. Mahal dah la sekarang...


Veil ini saya 'meriahkan' dengan manik. Saya gunakan 2 jenis saiz manik dan warna yang hampir senada. Manik ini saya beli di VR Star, Nilai 3. Beli yang timbang, bukan dalam paket. Terus saja beli kat sini, jadi tak pasti murah atau tidak. 2 jenis manik, setiap jenis 30gm, jumlah harganya RM12.


Alhamdulillah.. Hasil veil ni memuaskan hati saya.. Percubaan pertama kan.. 


Apa yang saya belajar, lebih baik guna lace yang lembut kalau nak buat patching lace di veil. Kalau tidak, nanti veil jadi keras sedikit. Itulah kesilapan saya. Depan kepala veil keras sedikit, jadi saya kena la sesuaikan cara pemakaian veil tu nanti. InsyaAllah.. harap semuanya ok.. :)


Veil nikah saya

Untuk rekod, jumlah kos veil ni:
Kain chiffon - RM25
Jahit tepi - RM3
Lace - RM24
Manik - RM12
Jumlah : RM64
* Tak sampai harga ini, sebab masih ada lebihan lace dan manik tu..


Lepas ini, akan sambung projek DIY seterusnya.. Yeay..

18 February 2012

Baju Nikah Saya.. yang saya sesalkan...





Tragis bunyi tajuk! Tapi memang banyak perkara yang saya ralat mengenai baju nikah saya. Bukan sebab baju tu salah dijahit, tapi salah perkiraan saya juga. Huk.. sedih..


Saya memilih chiffon untuk baju nikah saya, dengan harapan boleh pakai semula nanti. Sebenarnya.. tak pasti lah masa bila yang sesuai. Pergi majlis perkahwinan kot.. yang dibuat dalam dewan sahaja la.. agaknya..!


Hasil kaji selidik selama beberapa bulan juga, saya dah tetapkan dalam kepala, nak beli chiffon beaded sahaja 2 meter. Manakala kainnya akan menggunakan kain chiffon kosong yang warna senada. Sebabnya, tak praktikal kainnya ada beadings. Memang sangat susah nak jaga nanti. Tentang rekaan baju pula, saya memilih rekaan baju kurung moden sahaja. Ringkas! Itulah saya...


Tapi, itu apa yang ditetapkan di kepala sebelum ke kedai. Pada hari membeli kain di Jakel, saya terpengaruh dengan kata-kata SA, yang mencadang (psiko sebenarnya.. huhu) beli sahaja 4 meter. Kalau beli 4 meter, cantik lagi nampak bila dibuat baju. Kalau baju sahaja ada beadings, tapi kainnya kosong.. nanti bajunya nampak seperti tidak siap. Oh.. itulah kata-kata SA.. memang berkesan la kata-katanya. 


Pujukan dia semakin berkesan, bila kain chiffon tu dibalut ke badan. Memang terus saya bersetuju dengan kata-kata dia. Akhirnya, saya beli 4 meter. Tapi bila balik ke rumah, saya menyesal.. sampai ke hari ini.. Adeh.. Kenapa saya beli 4 meter..?  


Kain dah pun dihantar kepada tukang jahit. Hasilnya bagi saya ok. Bagi orang yang tak pandai sangat tentang fesyen. Memang nampak cantik ja. Cuma kainnya lah yang saya rasa sangat menyesal. Sebab, susah nak bergerak. Baru saya tau, bila pakai kain ada beadings camtu tak boleh mengundur. Kalau tidak, terpijak la beadings kain sendiri. Hancur beadings.. paling teruk, terkoyak la kain. Ini pelajaran baru bagi saya.


Sekarang, baju dah dihantar cucian kering. Lepas tu, nak cuba semula samada ok ke tak. Dengarnya, kain chiffon tu mungkin akan mengecut sket lepas dicuci kering. Sementara menunggu baju nikah dicuci kering, saya akan pujuk hati supaya redha... 


Pengajaran yang saya dapat:


1. Sebelum pergi beli kain, fikir dulu rekaan baju. Seeloknya, pergi jumpa tukang jahit, dapatkan pendapatnya tentang rekaan baju tu. Nanti tukang jahit akan bagi cadangan yang sangat membantu, seperti berapa meter kain yang diperlukan. Sesuai atau tidak.


2. Sebelum pergi beli kain di Jakel atau mana-mana kedai, sila tetapkan hati dengan apa yang kita nak. Kalau tidak, sia-sia lah hasil kaji selidik berbulan-bulan. Dalam masa beberapa minit, semua hancur.. huhu


3. Tak perlu tetapkan dalam kepala, baju nikah ni nak guna kain chiffon beaded sebab nanti nak pakai balik. Tak praktikal bagi saya. Boleh kot pakai sekali-sekala... saya tak pasti berapa kali yang boleh tu.


4. Diet awal-awal, supaya semasa mencuba baju nikah..  tidaklah terasa... adeh, gemoknya aku! Seperti yang saya rasa tadi.. sampai sekarang masih berfikir, camna nak kurus ni..


5. Bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.


Harap cepat lah perasaan sesal ini hilang. Sesungguhnya..  Kita merancang.. Allah yang menentukan..



   

08 February 2012

Baju Pengantin

Ya, saya namakan baju pengantin sebab majlis perkahwinan saya nanti, kami akan memakai sepasang sahaja persalinan. Sebabnya, majlis perkahwinan sebelah saya dan F diadakan pada hari yang sama.


Alhamdulillah.. positifnya, jimat bajet. Kontranya, agak tertekan nak buat pilihan baju. Kononnya, nak pastikan baju yang dipilih tu yang paling cantik :D.


Dalam membuat pilihan baju pengantin, bagi saya, agak sukar juga. Kerana.. majlis kami akan diadakan di kampung. Jadi baju yang dipilih mestilah sesuai dengan keadaan di kampung. Oh, pastinya kita tak boleh jangka apa yang akan ada di setiap jalan yang bakal pengantin lalui hihi. Belum masuk lagi keadaan cuaca pada hari majlis nanti..


Apa yang saya pertimbangkan semasa pilih baju pengantin..


1Kain/baju/veil tidak boleh meleret-leret panjangnya


Memang ada pujukan dari SA butik, katanya nanti dayang (dia cadangkan.. anak saudara..) boleh pegangkan baju atau kain yang panjang tu. Tapi saya tak yakin.. agaknya 5 minit ja kot dayang kecil ini boleh pegang. Hehe.. tersiksa dayang tu nak ikut pengantin ni nanti. Lagipun, rasa susah juga nak bergerak dengan baju camtu bila nak beramah mesra dengan tetamu.. ataupun bila dalam keadaan kelam kabut nak bergegas ke majlis sebelah lelaki.


Cantik juga kalau dapat buat pose camni.. :D


credit : acaii jawe




2. Warna yang terang, tidak gelap


Kami pilih warna yang terang (saya yang pilih, pastu saya yakinkan En. F hihi). Warna ini kenalah serasi bersama dengan tema warna kedua-dua belah pihak. Warna ini kenalah cantik dalam gambar. Harap-harapnya cantik lah..




3. Bagi ilusi kurus


Yang paling penting baju tu kena buatkan saya nampak lebih kurus. Ilusi lah ni sebenarnya.. Rasanya baju yang sarat dengan beadings boleh buatkan seseorang tu nampak lebih berisi. Bagi pandangan mata saya lah.. mungkin lain pada pandangan orang lain.


Pilihan kami warna kuning, kain lace. Teringin juga nak pakai songket kuning. Mesti cantik kan. Macam Xora pakai. Tetapi, kalau berkain songket dalam majlis kahwin di rumah.. bagi saya agak kurang selesa. Mesti berpeluh sangat nanti. Ermm, tapi kakak saya dulu boleh ja pakai songket masa majlis perkahwinannya.. Ntah camna pengalaman dia dulu.. :D