Kad saya memang ringkas. Pada asalnya.. Hanyalah kad empat segi yang biasa. Tapi, pada saat akhir saya cuba untuk merealisasikan idea saya sebelum ini iaitu untuk buat sedikit dekorasi pada kad. Saya terus tempah satu alat ajaib dari satu blog online. Ajaibnya.. sebab selepas guna alat ini pada kad, teruk naik seri kad tu.
Saya tempah penebuk lubang corak doiley lace dari scrap n crop. Dalam masa sehari, penebuk lubang ni selamat sampai. Operasi menebud kad pun terus lah bermula.
Penebuk lubang corak doiley lace. Ada 2 model, tapi harga berbeza. Saya pilih yang harga lagi murah.
Operasi menebuk kad mengambil masa 2 hari saja. Saya buat secara sambilan, selepas balik kerja. Alhamdulillah, hasilnya memuaskan hati saya.
Kad undangan saya yang sudah selamat diedarkan.
Syukur kepada Allah.. :)






