Seperti yang saya jangkakan, agak sukar mencari pengasuh baru Hana. Rasanya hampir 20 orang pengasuh saya cuba telefon. Kebanyakannya, tidak mahu mengasuh bayi. Telefon dan telefon, akhirnya ada 3 orang pengasuh berminat menjaga bayi. Seorang pengasuh Kak L, Kak I dan Kak Z. Saya berjumpa dengan Kak L, Kak L nampak ok. Memang nak sangat menjaga bayi, tapi hati saya belum terbuka penuh. Ada sesuatu yang kurang.
Esoknya, saya bercadang nak berjumpa Kak Z dan Kak I. Kami berjumpa dengan Kak Z dulu. Saya ceritakan tentang Hana, tak tidur buai dan sekarang kadang-kadang menangis juga. Tidaklah tahap meraung atau melalak. Kak Z setuju menjaga Hana. Memandangkan dah lewat pada masa tu, dah dekat Maghrib. Tak sempat nak berjumpa dengan Kak I. Akhirnya, kami batalkan berjumpa dengan Kak I, lagipun dah dapat Kak Z sebagai pengasuh. Lagi mudah sebab rumah Kak Z berdekatan dengan pejabat suami.
Memang tak sangka. Selepas Maghrib, saya dapat Whatsapp daripada Kak Z, dia tak jadi menjaga Hana sebab Hana tak tidur buai. Dia takut tak sempat nak tidurkan Hana di tilam. Saya katakan boleh je tidurkan Hana di buai. Tapi, tak jalan. Kak Z tetap menolak.
Ok. Kecewa. Esoknya ummi dan babah EL.
Kami mencari pengasuh yang lain. Nak cuba tanya pada Kak I jadi segan pula. Semalam kan dah cakap tak jadi. Teruslah mencari yang lain. Tanya punya tanya, dapat seorang calon pengasuh, Kak A.
Kami pergi berjumpa dengan Kak A. Kak A nampak sabar dan hanya mengasuh 2 orang budak. Kak A bersetuju menjaga Hana. Kami pun ok.
Esoknya, hari Selasa, Hana ke rumah Kak A. Saya telefon Kak A pada pagi tu, bagaimana keadaan Hana. Kak A kata ok. Baik je main. Leganya saya. Syukur. Petang tu, dalam kul 2 petang saya telefon lagi. Kak A kata ok.
Saya lega. Senang hati pergi bersolat.
Balik daripada solat, ada 15 misscalled daripada Kak A. Bila saya telefon Kak A, jelas dengar Hana menangis kuat. Oh Hana! Bergegas saya ke rumah Kak A. Bila saya sampai, Hana dah tidur. Kesian Hana ummi. Saya kejutkan Hana daripada tidur, terus Hana sambung menangis lagi. Pujuk, pujuk.. baru Hana ok. Petang tu saya ambil Hana awal. Kak A pun nampak ok.
Petang tu dalam jam 6 lebih, Kak A sms bagitau tak dapat nak terus jaga Hana. Saya pujuk, dia kata ok boleh teruskan jaga Hana. Tapi sekerat hari je. Jam 10 malam, dapat pula sms kata tak jadi pula nak jaga. Saya pasrah, jadi malas dah nak memujuk.
2 hari lepas tu saya ambil cuti rehat. Puas la main dengan Hana di rumah. Berfikir-fikir nak cuba hantar Hana ke taska. Akhirnya, kami buat keputusan nak cuba hantar Hana ke taska berdekatan pejabat suami.
Selepas cuti panjang CNY, Hana ke taska. Dengan harapan Hana ok di sana. Sedih kisah di taska. Saya cuba 2 hari, tapi saya tak cukup tabah nak teruskan Hana ke sana.
Hari pertama, saya jenguk semasa waktu rehat tengah hari. Hana menangis sedu sedan. Pagi tu, tak tidur pun lagi. Saya dapat izin untuk masuk bilik baby yang Hana masuk untuk menyusu dan tidurkan Hana. Hampir sejam dalam bilik tu, macam-macam saya nampak. Hati dah rasa tak senang.
Lepas kerja, saya pergi menjemput Hana. Hana menangis juga. Entah seharian Hana menangis.
Hari kedua, saya hantar lagi. Tengah hari saya datang jenguk Hana. Hana menangis sedu sedan juga. Bila saya dah dukung Hana, terus Hana diam.
Sedih. Pedih hati ummi. Rasa hancur hati. Menangis saya.
Bersalah sangat. Kenapa saya hantar Hana ke taska. Macam tersiksa ja Hana kat sini.
Suami datang, melihat babak menangis. Saya pula tak sanggup nak 'pulangkan' Hana ke taska selepas rehat tengah hari. Dapat rasa Hana tak gembira di sana. Bila saya check CD Hana, dah kering dah tah*. Entah berapa lama dibiarkan ni. Kami buat keputusan, berhentikan Hana daripada taska. Kena cari pengasuh juga.
Ok. Ummi mencari lagi. Telefon sana-sini, smeua dah penuh. Pusing-pusing, kami singgah ke rumah pengasuh lama. Suka sangat la Kak Ma nampak Hana sampai. Bincang-bincang dengan Kak Ma, Kak Ma cadangkan hubungi semula Kak I. Kak I ok, dah biasa menjaga baby. Saya telefon Kak I, Kak I paham kenapa kami tak jadi hantar Hana ke Kak I sebelum ni.
Alhamdulillah, selepas berbincang dengan Kak I, semuanya ok. Kak I boleh terima Hana. Hana mula ke rumah Kak I bermula hari Khamis lepas. Hari ini hari ketiga, setakat ini semuanya baik. Moga berpanjanganlah keadaan ini. Cepat serasi Hana di sana.
Saya rasa lega. Ikutkan hati saya nak berhenti kerja. Dapat menjaga Hana sepenuh masa. Keadaan belum mengizinkan. Moga Allah permudahkan harapan saya.
Tentang taska tu, saya sangat kecewa. Saya dah mengadu semuanya pada pemilik taska. Apa yang jadi pada Hana. Apa yang saya nampak. Pada hari kedua, Hana menangis, entah-entah dibiarkan, tiada siapa yang memujuk. Ber*k tak dibasuh. Susu yang saya bekalkan baru susut 2 botol. Sedangkan masa saya sampai sudah pun dekat jam 1 petang. Apa yang cikgu ni buat? Paling rasa terbakar, semasa menunggu cikgu ambilkan beg baju dan box susu Hana, saya nampak seorang cikgu bilik Hana masuk sambil mendukung seorang baby. Nampak ketara pilih kasih!
Sakit hati!
Kalau ikutkan hati yang geram, mau saja saya 'basuh' cikgu-cikgu tu. Tapi, takpe lah. Saya dah mengadu pada pemilik taska. Biarlah pemilik taska yang sekolahkan mereka.
Sekiranya ada cikgu taska atau pemilik taska yang membaca perkongsian ini, saya cadangkan:
1. Ikhlaslah dalam bekerja. Kerja di taska bukan menjaga keperluan fizikal budak sahaja. Emosi budak pun mesti kena jaga. Yang dijaga tu manusia bukan benda atau barang.
2. Sama rata. Janganlah pilih kasih. Saya nampak cikgu rajin melayan budak yang dah pandai bawa diri. Budak baru yang menangis baru pujuk tak sampai seminit, dah surrender. Awak tu cikgu, dah belajar kan cara handle budak kan.
3. Rajin. Jangan malas bekerja dan buat kerja ikut kesenangan saja.
4. Komunikasi dengan ibu bapa. Berkomunikasilah dengan ibu bapa. Kalau ibu bapa call atau sms, jawablah. Bagilah maklumbalas. Anggap ibu bapa sebagai kawan bukan musuh.
5. Seronok dan minat. Rasa la seronok bekerja. Kalau tak seronok dan minat menjaga budak. Berhenti kerja di taska. Pergilah kerja jaga barang di stor. Lagi senang. Barang tak menangis.
Kepada taska yang bagus, tahniah. Banyak pahalanya jaga budak dengan baik. Jika dengan didikan cikgu taska, budak membesar dengan baik. Besar saham pahala tu.
Pada taska yang tak bagus, Allah Maha Adil. Apa yang dibuat pada anak-anak syurga ni, pasti ada balasannya. Bila masanya, Allah Maha Mengetahui.
Hana suke gigit senduk. Besar nanti nak jadi chef eh..
Yg terbaik utk jaga anak, adalah ibu ank itu sendiri.sabda nabi..."wahai wanita, asuh dan akrabilah anakmu, kamu akan tinggal bersamaku di dlm syurga". Zanan skrg, jika seorg ibu yg melahirkan sdri anknya pon tergamak membiarkn anknya d jaga org lain krn cari duit, jgn hairanlah jika org lain yg x melahirkn ank kita, xnk jaga dgn ikhlas,
ReplyDeleteTaska ditempat kerja saya pun sama. Hakikat nya indah khabar dari rupa. Diluar cantik dalam busuk. Depan pintu sambut anak datang senyum sampai ketelinga belakang perangai mengalahkan singa. Kalau marah budak tangan pun naik , mata lak nak terjojol keluar. Apa kau dapat buat semua tu untuk budak 7 bulan hingga 12 bulan. Mereka punya perasaan , jangan rosakkan emosi diorang dengan perangai tak sekolah kau tu. Selain itu sifat pilih budak mana suka dijaga dan tidak pun jelas ketara. Kesiani la mereka kerana semuanya perlu dilayan sama rata supaya mereka dapat membesar dalam persikitaran yang sihat. Saya sebagai seorang ibu, saya sanggup je berhenti kerja menjaga anak namun kekangan kewangan yang menyebabkan saya terpaksa berkerja. Sedih betul hati saya
ReplyDelete