Nah, tajuk perkongsian hari ini memang skema dan tepat. Hehe.. supaya mudah orang nak Google nanti dan bermanfaat pada orang lain. Sebelum ini, puas saya google prosedur pernikahan di Kulim. Memang tak jumpa. Cari maklumat di Laman Web Pejabat Agama atau Majlis Agama pun tak membantu. Susah sungguh... Dah jauh di perantauan ni.. tambahan lak zaman sekarang. Semua maklumat, orang akan suka tanya google daripada berhubung terus dengan empunya maklumat. Harapnya, perkongsian ini dapat membantu B2B yang lain...
Ok, berbalik kepada tajuk asal. Bagi saya prosedur pernikahan di Kulim hampir sama kot dengan tempat lain. Bezanya, di Kedah pakai borang jawi. Terkial-kial menulis. Sangat buruk tulisan jawi.. Nak mengeja pun dah tak pandai.. Sedih..
Pengalaman saya dengan tunang, yang pertama kami buat adalah pergi ke Pejabat Agama Kulim untuk dapatkan borang. Kami singgah sebelum balik ke perantauan semula. Nak jadikan cerita, kakitangan pejabat agama maklumkan.. borang sudah habis. Semua borang dah diberi kepada imam kariah masing-masing. Erm.. tak masuk akal jawapan ini. Komen saya, kakitangan Pejabat Agama di barisan kaunter kena lah lebih mesra dan cekap melaksanakan tugas demi memudahkan urusan insan yang ingin membuat perkara baik..
Disebabkan tak dapat pada hari tersebut, kami balik lagi pada minggu selepas tu untuk dapatkan borang daripada tuan imam pulak. Alhamdulillah dapat... Kes saya, saya dan tunang berlainan kariah tapi sama-sama berasal dari Kulim.
Ringkasannya, borang yang diperlukan seperti di bawah:
Perempuan
- Borang Sistem Maklumat Perkahwinan Islam (SIMPI) - Warna kuning
- Borang 2 - Borang Permohonan Nikah Negeri Kedah
Lelaki
- Borang 1 - Borang Permohonan Bernikah Di Luar Daerah
- Borang 2 - Borang Permohonan Nikah Negeri Kedah
Dokumen sokongan untuk Borang 2 - Borang Permohonan Nikah Negeri Kedah dalam gambar di bawah ye..
Kalau bakal pengantin perempuan bukan anak sulung, tak perlu sijil nikah ibu bapa
Isi borang seperti yang dikehendaki dan sediakan semua dokumen sokongan yang diperlukan. Buat
ujian saringan HIV dan tuliskan no siri borang dalam Borang SIMPI. Selepas semua lengkap, serahkan borang tu ke Pejabat Agama. Kiranya, ada dua set permohonan iaitu permohonan pemohon lelaki dan permohonan pemohon perempuan.
Saya dan tunang, pergi hantar bersama-sama. Alhamdulillah, kali ini kakitangan di kaunter sangat mesra dan membantu. Syabas! Selepas borang diserahkan, kami diminta berjumpa dengan ustazah. Ingatkan nak kena temuduga. Ustazah hanya meneliti borang yang diberikan dan teruskan tanda tangan kebenaran nikah.
Selepas itu, kami buat pembayaran proses kebenaran nikah. RM4 untuk setiap seorang. Pihak Pejabat Agama akan tanya bila tarikh nikah. Ini bagi menentukan tarikh pada surat kebenaran nikah. Di Kedah, surat kebenaran nikah hanya sah dalam tempoh sebulan selepas tarikh surat dikeluarkan.
Selepas dapat surat kebenaran nikah tersebut, serahkan surat itu kepada imam kariah masing-masing. Tuan imam akan meneruskan proses yang diperlukan.
Contoh borang:
Borang Sistem Maklumat Perkahwinan Islam (SIMPI)
Borang 1 - Borang Permohonan Nikah Negeri Kedah
Borang 2 - Borang Permohonan Nikah Negeri Kedah
Kesimpulannya, prosedur untuk kebenaran bernikah mudah.. :)