Susulan daripada Hana diserang pneumonia semasa balik kampung cuti Aidil Adha yang lepas, kami berdua memang sentiasa risau dengan risiko Hana kena jangkitan pneumonia itu lagi. Dr. kata dalam masa 3 bulan, Hana masih dalam risiko yang tinggi untuk kena semula jangkitan. Hana masih dalam proses pemulihan. Saya bayangkan paru-paru Hana masih berparut. Kalau kena gigit nyamuk pun ambil masa nak hilang parutnya,inikan pula organ badan yang kena jangkitan kuman. Dr. yang merawat Hana di KPJ Penang kata hampir 30% peparu Hana kena jangkitan kuman. Alhamdulillah, rawatan kat sana cepat memulihkan Hana.
Kami berfikir-fikir bagaimana Hana nanti. Masih ke rumah pengasuh atau tidak. Saya tak yakin nak menghantar Hana ke sana dengan keadaan Hana yang baru nak pulih. Pilihan paling cepat saya fikirkan adalah mengambil cuti tanpa gaji. Saya memang sanggup, apapun kewangan perlu diatur sebaik mungkin. Dalam hati saya berdoa, moga Allah permudahkan jalan yang terbaik untuk kami pilih. Tiba-tiba, Allah lorongkan saya untuk bertanya khabar dengan seorang kawan bertaraf kakak. Saya bercerita tentang keadaan Hana. Rupanya, anak kawan saya pun pernah kena pneumonia dan dia mohon cuti separuh gaji selama sebulan untuk menjaga anaknya. Oh, baru saya tau rupanya boleh mohon cuti separuh gaji.
Sehari selepas kembali ke Putrajaya, kami ke KPJ Kajang untuk rawatan susulan Hana. Saya minta Dr. Mahani buatkan surat. Dr. Mahani memang sangat baik dan memahami. Permohonan cuti separuh gaji saya selama dua bulan. Alhamdulillah diluluskan juga dengan dua bulan bermula 3 November 2014.
Sekejap saja sudah seminggu lebih bercuti. Tak lama nanti, cukup pula sebulan. Lepas itu, genap pula dua bulan. Tahun depan, insyaAllah Hana akan ke taska. Saya berdebar bagaimana pula nanti Hana hendak masuk ke taska. Moga Hana suka dapat main dengan ramai kawan-kawan.
Dua bulan ini bonuslah untuk ummi dapat jaga Hana elok-elok agar cukup kuat ke taska nanti.
Berat Hana pun dah naik. Sekarang sudah bam-bam semula.
Semoga Hana cepat sembuh.. (^_^)
ReplyDeleteBTW nama anak kita sama.. (^_^)
Terima kasih.
DeleteHana awak dah berapa umurnya..
Get well soon Hana.
ReplyDeleteTerima kasih.. amin..
Delete